home about me hobby news contact
HARAPAN DAN DOA

Kami sedang mencari hamba Allah yang berhati mulia menderma seikhlas hati setiap bulan bagi membantu kami memberi makan minum untuk pelajar-pelajar serta pengurusan Maahad. Jika saudara/saudari berniat ikhlas untuk membantu maahad ini, sila masukkan derma saudara/saudari ke dalam akaun MABIQ, atas nama Maahad Bahasa Dan Ilmu Al-Qur'an - 556011011889 Maybank. Terima Kasih, semoga Allah membalas jasa baik saudara/i.

 

PENGENALAN MABIQ
Sebuah maahad Tahfiz Al-Quran dan al-Hadits persendirian yang berorientasikan Kebajikan pendidikan kepada anak-anak yatim dan anak-anak Fakir miskin. Ia didirikan pada bulan Mei 2006 dan mula beroperasi pada 08 januari 2007.Perbelanjaan mendirikan bangunan dan segala pra-sarana pendidikan di dalamnya dianggarkan berjumlah hampir RM 90,000.00. Lebih dari separuh perbelanjaan bangunan ini adalah sumbangan daripada hamba Allah yang sangat ikhlas dan hanya mengharapkan ia menjadi amal jariah sepanjang zaman.

Maahad ini diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin Bin Hj.Abdul Jabbar yang berkelulusan Sarjana Agama dalam Ilmu Pendidikan Islam dan Perkhidmatan Kaunseling dari Universiti Islam Negeri Yogyakarta dan UTM Skudai Johor dan isterinya Puan Umee Ruziani Binti Hj. Ab.Ghani yang berkelulusan Sarjana Muda Kepujian dalam Pendidikan TESL dan Diploma Sains Aktuari  dari Universiti Teknologi Mara.

KELAINAN DARI INSTITUSI PENDIDIKAN PERSENDIRIAN YANG LAIN
  • Tiada bayaran dikenakan kepada anak-anak yatim piatu, anak-anak ibu tunggal dan anak-anak fakir miskin untuk belajar di MABIQ malah mereka akan ditaja oleh masyarakat yang berhati mulia lagi ikhlas kepada Allah.
  • Satu-satunya Maahad yang menawarkan kelas tahfiz al-Qur’an khusus untuk orang dewasa.
  • Bayaran pendidikan hanya dikenakan RM 1.00 (satu ringgit sahaja) untuk sekali belajar ( 2 atau 3 jam). Sistem bayaran dikutip harian bukan bulanan.
  • Elaun guru pula dibayar 2 minggu sekali bukan sebulan sekali.
  • Maahad ini mengutamakan penguasaan berkomunikasi dalam berbahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
  • Mengajar ilmu-ilmu pengurusan dan menanam minat dalam perniagaan.
  • Memberi fokus kecemerlangan pendidikan dalam ISEQ (Intelligent, Spiritual dan Emotional Quation) dengan melatih hafazan dan amalan al-Qur’an bagi menyubur kecerdasan otak kiri, otak kanan dan hati.
  • Mengadakan kursus-kursus intensif, bengkel dan kem di musim cuti sekolah
All Rights Reserved 2007

|